Suasana hening di pagi hari menyeliputi asrama aspuri sma atas sultan zainal
abidin, batu burok. Burung-burung terbang bebas dan berkicauan sesuai dengan
fitrahnya. Matahari sudah meninggi menyinari alam, sesuai dengan fitrah
penciptaannya. Dan segerombolan manusia sudah bersedia memulakan hari baru,
sesuai dengan fitrahnya.
Begitu jugalah aku, urusan asrama di aspuri smaasza sudah menjadi rutin
seharian bagiku. Atas dasar amanah yang diberikan, aku sanggup mengabaikan
impianku dan menangguhkan hasratku seketika menyambung pengajiannya di
peringkat seterusnya. Semuanya demi Allah dan Islam yang tersayang, penguat
dikala lemah dan penghibur dikala senang.
Perlahan-perlahan sahabatku duduk disebelah ku, "Masih marah?"
kata sahabat sebilikku. Digapainya kerusi, dan memulakan perbicaraan dengan
nada yang perlahan bimbang menganggu emosiku yang masih diam membisu. Bait-bait
ayat dan nasihat diluahkan dan membuatkan air mataku menitis tanpa
disedari.Tiba-tiba suatu suara yang sangat dikenali menegurku.
"Nadia, kenapa enti jadi gini. Sedih hati ana tengok enti. Enti dah banyak
berubah" tegur sahabat perjuanganku sambil mengusap air matanya
"Nadia, ana nak nadia yang dulu. Mana nadia yang selalu bergurau dengan
ana" tanye sahabatku sambil menahan tangisannya. Aku terus membisu. Tidak
berani untuk bertentang mata dengannya.
"Nadia, kalu kami ada buat salah dengan silap, ana minta maaf." Kudengar
suara sahabat kesayanganku yang penuh keikhlasan.
"Nadia, enti dulu dengan sekarang lain sangat. Ana tak nak enti terus
lari dari jalan dakwah ni.Kenapa berubah jadi camni?" keluh sahabatku
sambil air matanya bercucuran. Jiwa aku tidak tenteram sejak akhir-akhir ini.
Entah. Terlalu banyak aku membuat dosa. Allah. Kenapa berat sebegini ujian yang
Engkau berikan.
Aku terus memandang helaian kertas diatas rak belakang kelasku, kutatap
sedalam-dalamnya. "Nur, ana memerlukan kalian sekarang. Ana lemah. Terlalu
banyak ana buat silap dengan antenna semua. Ana malu. Bukan ana marah dan benci
kalian. Tapi ana malu nak berhadapan dengan antunna semua. Ana tak sehebat antunna
semua. Ini anugerah ujian yang sangat besar dan tanda Allah sayangkan ana dan antunna
semua." Aku hanya mampu bermonolog sendirian didalam hatiku. Tidak mampu
untuk berkata dihadapan sahabatku. Kuambil buku-buku itu dari rak bukuku, dan kusimpan
didalam begku. Aku hanya mampu berpura-pura tenang dihadapan sahabatku. Menahan
air mata di kelopak mataku. Bukan ego dan nafsu menguasai diri tapi hakikatnya
diri ini malu dengan antunna dan Allah Taala.
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]
"Nadia, kita ini hanya hamba Allah. Ujian ini adalah medan terbaik
untuk kita mengumpulkan pahala" tambah sahabatku lagi. Semakin deras
manik-manik air mata membasahi pipi dan saat itu terlintas di dalam hatiku
"Allah
tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya
olehnya."
[Al-Baqarah: 286]
[Al-Baqarah: 286]
Kata-kata sahabatku sangat memberi kesan kepada diriku. Nurul Nadia Atieah
Musa wanita yang dibesarkan dalam kondisi tarbiyah. Dia sangat sayangkan
Allah,Rasulnya dan Agamanya. Di dalam apa jua ujian yang mendatang kepadanya,
sikap bersangka baik dengan Allah dan sentiasa melihat perkara dari kaca mata
tarbiyah menjadikan dia seorang wanita yang sangat tabah. Tapi entah mengapa
dikala saat ini diri ini tidak mampu memikul ujian yang mendatang. Kemunculan
sahabat-sahabat perjuanganku, menjadi pelengkap kepada hati yang tertaut kerana
Allah.
Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa
melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Percayalah, bahawa ujian merupakan
tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui
hakikat sebenar ujian dalam kehidupan.
Buat sahabatku..ana minta maaf atas segala kesalahan yang ana lakukan selama
ini..syang ana pada kalian semua tidak pernah hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan