Alhamdulillah, baru-bari ini terhasil sebuah tulisan yang
melambangkan kesedaran penulisnya mengenai dimensi dan hakikat yang
terbesar dalam kehidupan bukan sahaja sebagai seorang Muslim namun
sebagai seorang manusia. Tulisan yang bertajuk Apa Tujuan Hidup Kita hasi karangan Nor Azieda besar maknanya kepada masyarakat.
Persoalan-persoalan sebegini telah membawa ramai daripada mereka yang
lahir sebagai bukan Islam akhirnya kembali kepada Islam, malah mereka
yang Islam secara baka juga sedar akan hakikat keislaman mereka dan
kembali kepada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar mengikut acuan
al-Quran dan Sunnah.
Ini ternyata perkara paling asas, namun tidak ramai yang suka
memikirkannya apatah lagi menulisnya bagi dikongsikan dengan orang
ramai.
Malah di akhir bicara selepas beliau mengambil tiga ayat daripada
al-Quran (Surah az-Zariyat, ayat 56. Surah al-Baqarah, ayat 30. Surah
ali-Imran, ayat 110) sebagai penguat hujah 'Apa Tujuan Hidup Kita?'.
Beliau menyudahkan dengan mengajak kepada sahabat-sahabatnya yang
selain daripada ustaz dan ustazah juga terjun ke dalam dakwah. Ia
melambangkan kesedaran kendiri yang bermutu bagi seorang mahasiswa dan
pemudi yang citra sedar Islamnya tinggi.
Malah membatasi tujuan hidup di dunia sahaja. Sewajarnya semua remaja
Islam sudah mula berfikir seperti beliau. Malah bagi menjadi seorang
aktivis dakwah malah jika berorganisasi pula adalah suatu pilihan yang
jarang mnejadi kegemaran di kalangan pemuda pada hari ini meskipun
dakwah adalah satu-satunya tugasan yang Allah amanahkan kepada para
Rasul yang boleh kita warisi.
Refleksi 'Apa Tujuan Hidup Kita?' Soalan itu sudah terjawab dengan
merujuk kepada tiga ayat yang diberikan kemudian. Namun apakah itu
sebenar tujuan kita hidup? Sekiranya benar itu tujuan kita hidup, maka
kata-kata yang diambil dari al-Quran itu seharusnya daripada kita kepada
Allah dan bukan daripada Allah kepada kita.
Bukankah ayat tersebut seakan menunjukkan tujuan Allah menjadikan
manusia? Iaitu untuk beribadah kepada-Nya, menjadi khalifah dan
melakukan dakwah di jalan Allah.
Ia lebih kepada penetapan tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi
ini oleh penciptanya dan kita sebagai manusia andai tiada al-Quran dan
Sunnah pasti tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas
muka bumi ini dan apa agenda sebenarnya serta apa kesudahannya selepas
daripada kematian?
Ada beza yang besar antara 'tujuan' tersebut; Apabila Allah
menyatakan tujuan kita diciptakan, ia adalah sebuah perintah dan wajib
dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Apabila soalannya adalah 'Apa
tujuan hidup kita?', maka ia boleh menelurkan jawapan yang pelbagai
menurut kemahuan seseorang itu.
Ada yang tujuan hidupnya mahu jadi tersohor dan mendapat perhatian
semacam artis dan para bintang sukan peringkat nasional dan
internasional. Ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi sasterawan,
ahli muzik dan pelbagai lagi bagi memenuhi tujuan hidup mereka.
Justeru perlu difahami, perbahasan dalam tulisan Sdr. Nor Azieda
adalah tujuan yang Allah tetapkan bagi manusia yang diciptakannya. Kalau
begitu apa yang wajar menjadi tujuan manusia khususnya mereka yang
beriman kepada Allah?
Ya, itulah persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita sendiri.
Setiap daripada kita. Selepas mengetahui tujuan Allah menjadikan kita
sebagai hamba-Nya. Apa yang wajar diletakkan menjadi Apa yang kita perlu
mahu dan sebenarnya? Sebagai matlamat akhir sebagai seorang hamba
Allah, apakah yang perlu kita mahu? Yang kita berusaha jadi baik, solat
tidak tinggal, buat apa yang disuruh oleh Allah sebagaimana dalam tiga
ayat di atas untuk apa? Tidak lain kerana mahu dan perlukan adalah 'reda
Allah'.
Apa pula yang boleh kita dapat dengan reda Allah? Syurga abadi,
destinasi yang kekal tiada ganti. Apakah habuan yang terbaik bagi sebuah
pengabdian kepada Allah melainkan syurga yang juga sengaja dijadikan
Allah dan sudah diceritakan awal lagi dalam al-Quran dan Hadis? Malah
syurga sudah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda
Israk dan Mikraj lagi.
Firman Allah yang bermaksud:
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalam
selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan merekapun reda
kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut
kepada Tuhannya. (Surah al-Bayinah, ayat 8)
Allah kemudian menjelaskan lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal
salih dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah
penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah Hud, ayat 23)
Kisah motivasi Dalam satu program motivasi mengenai cita-cita, si
penceramah bertanyakan kepada murid-muridapakha cita-cita mereka. Seorag
demi seorang perlu bangun dan jawab. Maka jawapan yang kedengaran
adalah: "Doktor." "Askar." "Cikgu." "Jurutera." dan banyak lagi. Tiba
giliran seorang pelajar yang agak penyenyap. Pabila ditanya kepadanya
apakah cita-citanya. Dia dengan yakin dan jelas menjawab, "Saya mahu
jadi ahli syurga!" Seisi kelas dan si motivator terpana dengan jawapan
tersebut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan