I made this widget at MyFlashFetish.com.

::PEMBUKA BICARA::

~FIRMAN ALLAH TAALA : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur ibarat bangunan yang tersusun kukuh~

Sabtu, 28 April 2012

DUHAI HATI..


            “Kau ditipu wahai hati?” kata si akal.
            “Tidak, kau tidak ditipu wahai hati..” kata si nafsu pula.
            “Jangan kau mempercayai kata-kata dusta nafsu itu wahai hati yang masih hidup.”
            “Jangan kau mendengar umpatan dan tuduhan si akal itu wahai hati yang menjadi milikku.”
            “Sesungguhnya aku adalah yang benar antara yang benar. Apakah aku tegar mendustaimu setelah sekian lama aku menimba ilmu? Tidak ingatkah engkau wahai hati yang masih hidup bahawa aku adalah ciptaan terindah dan kamil antara semua ciptaan Khaliqmu? Aku hanya dianugerahkan untuk manusia, iaitu sesempurna kejadianNya. Sedangkan kesemua makhukNya yang lain memiliki nafsu yang durjana itu. Dengarlah bicara haqku ini wahai hati yang suci...” Rayu si akal lagi.
Suasana sepi seketika..
            “Benar kata-katamu itu wahai si akal.Sesungguhnya aku...”kata-kata si hati dipatahkan oleh si nafsu.
            “Wahai hati, sudah lupakah engkau bahawa kita pernah mengikat janji setia suatu ketika dahulu? Engkau berjanji menjadi sahabatku yang paling setia di buana ini. Engkau berjanji menjadi sahabat yang paling mencintaiku. Malahan engkau berjanji menuruti kesemua kemahuanku. Mengapa sekarang engkau tegar mendustai janji-janjimu itu wahai  hati yang menjadi milikku? Apakah engkau mahu menjadi munafik? Apabila berjanji ia mungkiri, apabila diamanahkan ia khianati dan apabila bercakap ia dustai. Apakah engkau juga mahu tergolong dalam golongan munafik ini?” hujah si nafsu.
            Hati kebingungan. Apakah yang harus ia lakukan sekarang? Lalu si hati mengakui akan kata-kata si nafsu itu.
            “Benar katamu itu wahai nafsu bahawa Tuhanku pernah berfirman katanya: “sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan pembohongan adalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah.Dan mereka itu adalah orang-orang pendusta” (surah an-Nahl:105).
Si nafsu durjana itu tersenyum puas setelah mendengar setiap bait kata-kata yang dilontarkan oleh si hati yang sudah mati itu. Si akal yang bijaksana kecewa lagi, seperti kata-kata dan nasihatnya selama ini tidak membuahkan sebarang hasil.
            “Wahai hati, apakah engkau sudah mati!” bentak si akal dengan perasaan hampa dan kecewa yang mendalam.
            “Aku kecewa dengan sikapmu yang terlalu mengikutkan si nafsumu itu. Engkau seharusnya meletakkan aku iaitu akal mengatasi nafsumu itu sendiri. Apakah engkau mahu imanmu itu rebah lalu menyembah bumi dengan longlai sekali? Apakah engkau tegar memperlakukan imanmu  sehingga begitu? Bangunlah wahai hati yang mati. Kuatkan kembali sendi-sendimu yang lemah itu. Bangunlah...bangunlah...bangunlah...aku merayu padamu wahai hati. Bangunlah agar aku bisa menghidu wanginya haruman hatimu di segenap buana bak kasturi di syurga abadi. Wahai hati ingatlah akan doa Rasulullah: wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu.”
            Tiba-tiba datang satu suara, apabila terdengarnya tenteramlah seluruh saraf  di segenap tubuh. Katanya dengan tenang.
            “Duhai hati yang masih hidup, ingatlah akan firman Tuhanmu: orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang” (surah ar-Ra’d:28).
            Sambungnya lagi, “Dan barang siapa yang berpaling dari mengingati Allah yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan(yang menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (surah az-Zukhruff:36).
            “Duhai hati yang hidup, sentiasalah mengingati Allah dan sentiasalah berzikir menyebut nama Tuhnmu. Ketahuilah duhai hati, berzikir mengingati Allah itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati jiwamu yang sedang parah kini. Malahan duhai hati, ingatlah bahawa zikir juga merupakan senjata yang paling tajam dalam menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Seperkara lagi duhai hati, seseorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan mengidap penyakit jiwa.” Setelah itu malaikat berlalu pergi sambil mengusap-usap air mata si hati yang mengalir hangat di pipinya. Dengan senyuman yang menguntum malaikat melambai dan terus menghilangkan diri.
            “Wahai sahabat-sahabatku sekalian, dengarlah baik-baik apa yang inginku bicarakan ini. Mulai sekarang aku mengisytiharkan bahawa aku memungkiri janji-janjiku denganmu wahai si nafsu. Dahulu kau pernah menjadi sahabat karibku walaupun seketika, namun apa yang aku perolehi ketika bersamamu? Aku hanya memperolehi keseronokan duniawi yang hanya seketika, fana belaka. Hatiku pula resah gelisah, gelap gelita, kotor sehingga tiada sepicing pun nur Ilahi dapat menembusi hatiku ini. Namun kubersyukur kepada Allah dengan anugerahNya yang agung iaitu akal. Ternyata akalku masih mampu berbicara melontarkan nasihat demi nasihat untukku. Aku bersyukur padaMu Ya Rabb kerana menyedarkan diriku ini. Aku sedar kini bahawa akallah yang harus aku dahului mengatasi si nafsu.”
            Ku lihat si nafsu rebah menyembah bumi, si akal tersenyum kesyukuran dan hatiku kini mekar semekar mawar di jambangan dan harum seharum wangian kasturi di syurga. Kami tidak henti-henti memuji kebesaran Ilahi sehinggan terhasillah alunan zikir sungguh syahdu dan mengasyikkan. Kini dengan limpah kurniaNya, aku mampu menghirup aura segar iman yang semakin meningkat.
            “Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayahMu.” kami bersama-sama menaminkan doaku itu.

Jumaat, 27 April 2012

BUAT MATA HATIKU..



http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/2917562366_9f2722e9ed_o.jpg

Islam Dan Cinta

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.

Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.
http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/3385191764_18d6fd1583.jpg

Sabtu, 21 April 2012

TUJUAN HIDUP

Alhamdulillah, baru-bari ini terhasil sebuah tulisan yang melambangkan kesedaran penulisnya mengenai dimensi dan hakikat yang terbesar dalam kehidupan bukan sahaja sebagai seorang Muslim namun sebagai seorang manusia. Tulisan yang bertajuk Apa Tujuan Hidup Kita hasi karangan Nor Azieda besar maknanya kepada masyarakat.
Persoalan-persoalan sebegini telah membawa ramai daripada mereka yang lahir sebagai bukan Islam akhirnya kembali kepada Islam, malah mereka yang Islam secara baka juga sedar akan hakikat keislaman mereka dan kembali kepada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar mengikut acuan al-Quran dan Sunnah. 
Ini ternyata perkara paling asas, namun tidak ramai yang suka memikirkannya apatah lagi menulisnya bagi dikongsikan dengan orang ramai.
Malah di akhir bicara selepas beliau mengambil tiga ayat daripada al-Quran (Surah az-Zariyat, ayat 56. Surah al-Baqarah, ayat 30. Surah ali-Imran, ayat 110) sebagai penguat hujah 'Apa Tujuan Hidup Kita?'.
Beliau menyudahkan dengan mengajak kepada sahabat-sahabatnya yang selain daripada ustaz dan ustazah juga terjun ke dalam dakwah. Ia melambangkan kesedaran kendiri yang bermutu bagi seorang mahasiswa dan pemudi yang citra sedar Islamnya tinggi.
Malah membatasi tujuan hidup di dunia sahaja. Sewajarnya semua remaja Islam sudah mula berfikir seperti beliau. Malah bagi menjadi seorang aktivis dakwah malah jika berorganisasi pula adalah suatu pilihan yang jarang mnejadi kegemaran di kalangan pemuda pada hari ini meskipun dakwah adalah satu-satunya tugasan yang Allah amanahkan kepada para Rasul yang boleh kita warisi. 
Refleksi 'Apa Tujuan Hidup Kita?' Soalan itu sudah terjawab dengan merujuk kepada tiga ayat yang diberikan kemudian. Namun apakah itu sebenar tujuan kita hidup? Sekiranya benar itu tujuan kita hidup, maka kata-kata yang diambil dari al-Quran itu seharusnya daripada kita kepada Allah dan bukan daripada Allah kepada kita. 
Bukankah ayat tersebut seakan menunjukkan tujuan Allah menjadikan manusia? Iaitu untuk beribadah kepada-Nya, menjadi khalifah dan melakukan dakwah di jalan Allah.
Ia lebih kepada penetapan tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini oleh penciptanya dan kita sebagai manusia andai tiada al-Quran dan Sunnah pasti tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini dan apa agenda sebenarnya serta apa kesudahannya selepas daripada kematian? 
Ada beza yang besar antara 'tujuan' tersebut; Apabila Allah menyatakan tujuan kita diciptakan, ia adalah sebuah perintah dan wajib dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Apabila soalannya adalah 'Apa tujuan hidup kita?', maka ia boleh menelurkan jawapan yang pelbagai menurut kemahuan seseorang itu. 
Ada yang tujuan hidupnya mahu jadi tersohor dan mendapat perhatian semacam artis dan para bintang sukan peringkat nasional dan internasional. Ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi sasterawan, ahli muzik dan pelbagai lagi bagi memenuhi tujuan hidup mereka. 
Justeru perlu difahami, perbahasan dalam tulisan Sdr. Nor Azieda adalah tujuan yang Allah tetapkan bagi manusia yang diciptakannya. Kalau begitu apa yang wajar menjadi tujuan manusia khususnya mereka yang beriman kepada Allah? 
Ya, itulah persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita sendiri. Setiap daripada kita. Selepas mengetahui tujuan Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya. Apa yang wajar diletakkan menjadi Apa yang kita perlu mahu dan sebenarnya? Sebagai matlamat akhir sebagai seorang hamba Allah, apakah yang perlu kita mahu? Yang kita berusaha jadi baik, solat tidak tinggal, buat apa yang disuruh oleh Allah sebagaimana dalam tiga ayat di atas untuk apa? Tidak lain kerana mahu dan perlukan adalah 'reda Allah'. 
Apa pula yang boleh kita dapat dengan reda Allah? Syurga abadi, destinasi yang kekal tiada ganti. Apakah habuan yang terbaik bagi sebuah pengabdian kepada Allah melainkan syurga yang juga sengaja dijadikan Allah dan sudah diceritakan awal lagi dalam al-Quran dan Hadis? Malah syurga sudah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda Israk dan Mikraj lagi. 
Firman Allah yang bermaksud: 
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalam selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan merekapun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (Surah al-Bayinah, ayat 8) 
Allah kemudian menjelaskan lagi yang bermaksud:             
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah Hud, ayat 23)       
Kisah motivasi Dalam satu program motivasi mengenai cita-cita, si penceramah bertanyakan kepada murid-muridapakha cita-cita mereka. Seorag demi seorang perlu bangun dan jawab. Maka jawapan yang kedengaran adalah: "Doktor." "Askar." "Cikgu." "Jurutera." dan banyak lagi. Tiba giliran seorang pelajar yang agak penyenyap. Pabila ditanya kepadanya apakah cita-citanya. Dia dengan yakin dan jelas menjawab, "Saya mahu jadi ahli syurga!" Seisi kelas dan si motivator terpana dengan jawapan tersebut!

Ahad, 1 April 2012

SOAL HATI??



ku pendamkan..
perasaan ini..
ku rahsiakan..
rasa hati ini..
melindungkan kasih yang berputik..
terselindung di dasar hati...

ku pohonkan..
petunjuk illahi..
hadirkanlah insan yang sejati...
menemani kesepian ini..
mendamaikan sekeping hati..

oh Tuhanku berikanlah..
ketenangan yang abadi..
untuk ku menghadapi..
resahnya hati ini..
mendambakan kasih ini..
insan yang ku sayang..

di hati ini..
hanya Tuhan yang tahu
di hati ini..
aku rindu padamu.
tulus sanubari..
menantikan kehadiranmu..
hanyalah kau gadis pilihanku..

kerana batasan...
adat dan syariat..
berikan kekuatan..
keteguhan iman..
insan yang berkasih..

MASIHKAH ADA TAUBAT DOSA YG BERULANG?

Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
Ini berdasarkan firman Allah:
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal" (Surah Ali 'Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri.
Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan.
Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan.
Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
"Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman:
HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya.
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).