I made this widget at MyFlashFetish.com.

::PEMBUKA BICARA::

~FIRMAN ALLAH TAALA : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur ibarat bangunan yang tersusun kukuh~

Jumaat, 30 Mac 2012

HEBAT SANGATKAH SOLAT..


Kota Constantinople yang menjadi kebanggaan bangsa Rom suatu ketika dahulu begitu kebal untuk dirobohkan apatah lagi untuk tentera islam menawan sepenuhnya kota yang berpangkalan di Turki itu. Tetapi akhirnya selepas 800 penantian ,kota gah itu berjaya ditakluk oleh Sultan Muhammad Al Fateh sekaligus mengembalikan zaman penuh kegemilangan untuk seluruh umat islam.
Tetapi di akhir zaman ini begitu ramai yang menanam kebencian kepada bangsa yahudi gara-gara kerakusan mereka membunuh dan menodai  umat islam khususnya di Palestin,  malah keinginan mereka untuk menakluk sepenuhnya negara tersebut juga buatkan "kebencian" umat islam  semakin memuncak.
Kebencian yang ditanam pada hati kita buatkan segala bentuk cacian, sumpah seranah dan kemarahan dilemparkan kepada bangsa yang tidak pernah serik-serik untuk menjadikan Palestin sebagai negara mereka. Tidak kurang juga buat masyarakat islam yang langsung tidak pernah ambil tahu akan perkembangan semasa saudara islam disana kerana mereka lebih selesa berada dalam kepompong kehidupan  sendiri.
Hakikatnya dengan kebencian yang ada dalam hati , apakah ia sudah melayakkan kita untuk menjadi seorang "pejuang islam" yang bersedia untuk menumpahkan darahnya demi islam yang tercinta? Apakah hanya cukup sekadar dengan membuat demontrasi ketidakpuasan hati terhadap bangsa jahanam itu? Atau adakah  cukup dengan  menonton konsert amal yang sering dianjurkan oleh pelbagai pihak yang kononnya hasil sumbangan dan kutipan dari jualan tiket diberikan kepada insan-insan yang sedang bertarung nyawa disana?

ADA APA DENGAN SOLAT?
Apakah jiwa  pernah "terdetik" untuk mengkaji semula bagaimana bangkitnya islam di zaman Rasulullah dan para sahabat? Faktor umat  islam di zaman lampau mampu  menguasai 2/3 dunia kerana mereka bergantung dengan kekuatan yang utama iaitu "solat". Janganlah hanya bersemangat dengan lantang bersuara mencaci bangsa yahudi sedangkan solat kita sendiri langsung tidak sempurna. Mengapa solat dikaitkan dengan kekuatan islam? Hebat sangatkah solat?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya"? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain".
(Riwayat At-Tarmizi)

Hadith Rasulullah s.a.w tadi sudah cukup sempurna untuk menerangkan betapa pentingnya solat. Kekuatan umat terdahulu sememangnya bergantung sepenuhnya kepada solat dan ia juga ialah "tiang agama" . Tanpa asas yang kukuh iaitu "tiang agama" bagaimana untuk ummah pada hari ini menjadi muslim yang benar-benar digeruni oleh pihak musuh sedangkan pihak musuh  sentiasa menunggu peluang untuk menghumban umat islam ke dalam kekufuran.
NIKMAT
Solat adalah tuntutan wajib untuk setiap umat islam yang mengaku dirinya sebagai umat nabi Muhammad s.a.w . Solat bukanlah hanya sebagai pelengkap kepada rukun islam semata-mata tetapi yang lebih penting solat adalah sebagai tanda kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah kepada kita selama ini.
Nikmat yang Allah berikan terlalu luas dan sebagai hamba yang selalu bergantung kepada pertolongan Allah pastinya semua itu tidak akan mampu dibayar nilainya oleh mana -mana manusia sekalipun. Kesenangan,kesihatan,kelapangan dan segalanya adalah nikmat dari Allah untuk kita sebagai hamba secara percuma. Belum lagi nikmat-mikmat lain yang Allah berikan kepada kita tanpa diduga, itulah kasih sayang pencipta kepada hambanya.

KITA KHIANATI AMANAH ALLAH
Masyarakat islam yang sakit dan pincang pada hari ini sememangnya merupakan satu cabaran getir untuk 'dunia islam" kembali menyinar dan gah seperti satu masa dahulu. Penyakit sosial yang terlalu parah bukan lagi mendekati anak –anak muda kita, sebaliknya ia adalah sebahagian dari cara hidup umat islam masa kini. Penyakit itu misalnya berzina, arak, judi, pembunuhan,rompak, rasuah dan banyak lagi dosa yang tidak boleh diterima akal dek angkara perbuatan jahil manusia.
Semuanya terjadi hanya kerana umat islam mengabaikan satu tuntutan yang wajib iaitu solat yang sebenarnya merupakan benteng keimanan yang menyelamatkan manusia dari lembah hina. Mayarakat islam pada hari ini tidak lagi memandang solat itu sebagai satu pekara yang mulia dan berharga. Jika dihayati kisah para pejuang Allah di zaman dahulu mereka akan mementingkan solat lebih dari segalanya.
Mereka misalnya Sultan Muhammad Al-Fateh dan seluruh tenteranya yang mengutamakan solat biarpun nyawa mereka terdedah dengan serangan musuh. Beliau dan tentera-tenteranya menunaikan solat berjemaah di hadapan tembok kota Constatinople dan disaksikan sendiri setiap musuh islam.Tentera musuh begitu tergamam melihat bertapa disiplinnya tentera islam yang bukan sahaja dalam peperangan malah dalam solat.
Malah kisah para pejuang Allah yang lain juga semuanya tidak jauh beza, semuanya mengutamakan solat sebagai landasan menuju kejayaan. Tidak seperti umat masa kini yang semakin melupakan perintah wajib ini dan ada juga yang tidak tahu langsung kewajipan bersolat.
Kelemahan umat islam masa kini juga bukanlah kerana kekuatan yahudi yang mengusai seluruh dunia tetapi kelamahan ketara umat islam kerana tidak menjadikan solat sebagai senjata untuk menyatukan ummah .
MULAKAN SEGERA!!
Jika dihayati kehebatan Rasulullah dan para sahabat selain solat 5 waktu mereka juga mengamalkan solat sunah tahjud di waktu malam .Solat ini dilakukan di hening malam sewaktu dunia ini sunyi dari hiruk pikuk manusia. Ulama juga berpendapat waktu yang paling afdal untuk menunaikan solat ini ialah ¾ malam iaitu  diantara pukul 3 sehingga sebelum masuknya waktu subuh.
Sekiranya kita sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad S.A.W tidak mampu untuk melakukan solat malam maka mulakanlah dengan melaksanakan dahulu solat 5 waktu dengan secukupnya. Solat menjanjikan ketenangan, kebahagian dan kekuatan dalaman . Manusia yang beriman kepada Allah akan merasa sayang untuk meruntuhkan tiang agama islam dengan tidak bersolat kerana sedar bertapa tanpa solat dirinya semakin terdedah dengan ancaman musuh seperti syaitan dan orang kafir yang mahu membolak balik akhidah umat islam.
Janganlah menangguh lagi untuk tidak bersolat tetapi mulakan segera langkah untuk bersolat dan cukuplah dahulu dengan menunaikan solat yang wajib . Janganlah dibibir mengaku sebagai umat islam tetapi dalam masa sama kita ialah musuh  yang meruntuhkan agama sendiri.

Ahad, 25 Mac 2012

MASMAT...JUALAN??

bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah..hari ini masih lagi ana berpeluang menulis bait bait kata yang bermain di fikiran..alhamdulillah..syukur tidak pernah henti berucap di bibir ini atas nikmat yang telah masih diberi pada hamba ini..nikmat tangan,mata,mulut dan yang paling besar sekali nikmat islam dan iman..Subhanallah..cuba bayangkan, jika segala nikmat kita ditarik oleh Allah Taala..apakah kita masih bisa menulis?? ya Allah, tidak terhitung banyaknya nikmat yg Allah bagi pada setiap hambaNya..Alhamdulillah..

masih lagi teringat peristiwa yg berlaku sebelum masmat di smaasza..Allah..bila teringat semula, tersenyum seorang diri..lucu pom ada..awal2 nya hati ni tergerak untuk membuka gerai jualan kelab pendidikan agama islam..walaupun hanya sekadar memegang jawatan setiausaha,tapi semangat susah nak kate..huhu..yela,presiden dan timbalan presiden sibuk dengan pra u stam..jadi ana lah yg mengambil alih tempat kelab pai..
Pada awalnya, memang tidak terdetik pom untuk membuka gerai tapi bila difikirkan semula, banyak keuntungan yg boleh dapat..lagipun lampu hijau dah dapat dari ustazah mariah..jadi, keputusannya ana dengan nadiah hamzah, selaku timbalan presiden pom nk buat la mensyuarat dengan muslimin...ni pom on the spot..adusss..teringat semula time mesyuarat tu..lucu pom ada..geram pom ada..kalu imbas kembali kadang2 tersenyum seorang diri..dalam mesyuarat tu kami tetapkan menu yang nak dijual..antaranya..air, koktel( bkn rojak buah ye..), bebola, kentang goreng, jambu dan nugget..asal2nya muslimin ada cadang nk jual keropok lekor..tapi kalu difikirkan semula banyak dah gerai yang jual keropok..so cancel sebab banyak persaingan..lepas keropok lekor tak jadi dijual, adalah seorang hamba Allah mencadangkan jual cendawan goreng..modal punyalah banyak..tapi time jual tak ada pom cendawan goreng sebab lari kos..asif jiddan la buat pencadang cendawan goreng..

sehari sebelum jualan dibuka, barulah tergaduh gaduh nak beli barang..letih ke tak terpaksa juga pergi beli barang dengan nadiah hamzah di mydin akibat kekurangan tenaga kerja..time di mydin macam2 perkara berlaku..kelakar tak tahu nak kate..ingatkan kami berdua je pergi mydin..rupa rupanya ramainya budak smaasza..memang kebetulan..hmmm..

Alhamdulillah..walaupun gerai tak seberapa..tapi rezeki yg Allah beri tidak terhingga...kalu diingatkan semula..semua letih payah pasti dikira oleh Allah..asalkan benda tu tidak melanggar syariat islam..

pertama-tamanya..ucapn terima kasih buat semua yg membantu dalam membuka gerai kelab pai ni..terima kasih pada saudari saudara yg berada di dlm mesyuart..yg membantu menjual di gerai..presiden kelab pai dan mane2 yg terlibat walaupun dia bkn ahli kelab pai..syukran jiddan semua...

kurang cendawan goreng je..huhu

awal jualan..

Ahad, 11 Mac 2012

NIKMAT DI JALAN DAKWAH

Itulah ia ukhuwah fillah.
Walaupun mungkin kamu hanya dapat meneguk sedikit dari manisan itu.
Aku bukan seperti yang kebanyakan dari kamu sangkakan.
Seperti kata seorang adikku:
"Alaa... akak tu, orang minat akak sebab tulisan akak je.. tapi akak tu sendiri.. bukannya layan orang sangat ,'
Aku tersenyum melihat dirinya. Banyak juga hikmah yang aku pelajari dari dirinya.
Walaupun begitu ramai memandang pelik akan hubungan kami yang suka-gaduh-macam-anjing-dan-kucing, tetapi ramai juga amazed bagaimana aku amat menyintai dirinya.
Mungkin acap kali dia cuba menyedarkan aku akan hakikat diriku di waktu manusia lain cuma mengenali luaranku.
Pada keistimewaan itulah aku temui kasih penuh makna :itulah dia persahabatan kerana Allah.
Dari situ juga aku maknai hubungan istimewaku dengan ramainya akhawat, walaupun pertemuan kami singkat dan sebentar, tapi, penuh kemanisan.
Sehingga ke hari ini aku amat memaknai mereka yang bersama dengan kami dalam sebuah perjalanan 48 jam mengelilingi bahagian utara mesir. Kami sesat bersama, berjalan bersama, menyanyi bersama, kelaparan bersama, malahan tidur bersama dalam sebuah kereta, hanya kerana kami semua takde duit untuk bermalam di sebuah hotel pun!
Tentu kenangan manis itu akan teramat indah, walaupun aku tidak tahu apa jadi pada 5 orang adikku yang ku tinggalkan di bumi barakah Mesir itu.
Kami memakirkan van Avanza kami di hadapan sebuah Masjid di Port Said. Waktu itu, sudah 5-6 hotel cuba kami masuki, namun tidak ada satu harga yang berbaloi buat kami. Berada di negara mundur itu , kami tak boleh nak book dahulu mana-mana hotel sebelum bertolak. Memang gamble, tapi tidak ada pilihan. Kami kira, ada hostel budget di situ, ternyata tidak ada.
Kami lantas bertawakal dengan Allah sebulat hati kami, dan tidur sahaja di dalam van yang amat padat dan tidak selesa. Aku sendiri teramat penat memandu van sepanjang perjalanan selama berbelas jam itu.
Pada waktu itu jugalah aku lupa menutup kemas enjin kereta. Kami bangun pada pagi hari di waktu subuh, hanya menyedari bahawa, enjin kereta kami tak boleh nak start!
Aku melihat adik-adikku itu bersahaja memberhentikan beberapa teksi, meminta pemandu teksi membantu kami. Orang Arab Mesir begitu baik sekali. Terasa keikhlasan mereka membantu kami gadis Melayu yang tidak tahu cakap Arab sangat ini. Seharian pagi itu kami cuba menstartkan enjin kereta, sehinggalah kami terpaksa membeli bateri kereta yang baru.
Pengalaman kereta kami rosak di negara orang..
Pemandangan yang amat indah di Port Said. Sewaktu menunggu kedai jual bateri buka, kami berjalan-jalan di sekitar Port Said
( tentu ada yang bertanya, kenapa tak tidur di masjid sahaja? Sebab polisi di negara arab itu, tidak boleh jadikan masjid sebagai tempat tidur! Tanpa duit yang cukup, dan salah kami tidak merencana dengan baik, kami berijtihad untuk bermalam sahaja di dalam kereta. Jangan jadi seperti kamu tau sebab memang tak selamat!)

Entah kenapa juga aku terkenang mereka di waktu mereka  mengambil videoku menyanyikan lagu buat mereka. Dalam van itu juga, dalam perjalanan kami seterusnya mengelilingi negara arab itu, banyak kami bualkan tentang diri kami, tentang keluarga kami, dan tentunya tentang dakwah dan tarbiyah.
Entah, walaupun perjalanan itu kelihatan sekejap dan ringkas, tapi hati aku seolah terikat kuat dengan mereka. Dan aku terkenang wajah mereka sehingga sekarang, apatah lagi mengingatkan wajah mereka yang gugur air mata berderai di saat perpisahan kami.
Begitu juga seorang dari mereka, menyanyikan lagu perpisahan buat aku ketika saat aku pulang.
Hatiku amat tersentuh.
Walaupun kini sudah begitu jauh fizikal kami untuk bertemu dan berkongsi cerita.
Begitu juga aku rasakan ketika bertemu dengan seorang insan istimewa yang satu masa dahulu tidak dikenali sesiapa pun. Hati yang mungil menegurku hanya meminta pendapat akan keadaan tarbiyahnya yang tidak mendapat tarbiyah. Begitu juga di saat dia tiada teman dan akhawat yang mampu berkongsi cinta dan rasa.
Di waktu itu, tanganku sudah cukup padat dalam memimpin, mungkin juga hatiku tidak cukup luas dan sempat untuk menjadi temannya selalu. Akhirnya aku minta ramainya adik-adikku untuk menjadi teman baru di alam mukabuku.
Hinggalah Allah temukan aku dengan dia. Walaupun begitu segan dan tidak terkata dia pada awalnya ketika bertemuku. Dan aku pun kurang percaya bertemu dengan seorang ukhti yang amat istimewa buat kita semua.
Di situ, kami temui sebuah kemanisan. Dan mungkin apa yang mahu kutunjukkan padanya adalah, walaupun kita bertugas di muka bumi Allah ini sebagai daie, namun kita juga adalah manusia. Manusia yang memerlukan momen berharga untuk sentiasa dikenang dan dijadikan motivasi dalam kehidupan.
Barangkali, momen itulah yang menjadi gerakan hidup kita sentiasa bernafas baru dan segar.
Aku mengenalinya mungkin tak sampai beberapa hari. Dan di waktu terakhirnya di sini, aku sangkakan aku dapat memberikan dirinya banyak bekalan, tetapi dengan takdir Allah, Allah memberikan kami bekalan momen kehidupan, untuk kami semat dalam memori kami. Entah aku tidak tahu apa yang dia rasai sepanjang kebersamaan itu, tetapi aku amat menghargai dirinya yang menemani aku menempuhi situasi itu. Dari situ aku mula mengenali. Dan menghargai.
Akhirnya aku mula merefleksi. Hakikatnya, yang banyak memberikan aku bekalan selain dari ilmu dan juga kefahaman, adalah momen dan saat berharga aku bersama dengan murabbiku, juga insan yang banyak mengajarku erti sebuah kehidupan. Mengajarku mengenal makna sebuah cinta hanya kerana Allah. Sayang yang sukar dimengertikan oleh bahasa biasa, kerana ianya adalah manifestasi sebuah keimanan. Penghargaan pada sebuah pertemuan yang sebentar.
Kamu yang hidup di tengah lautan akhawat, takkan memahami jiwa manusia yang tak bertemu akhawat berminggu/berbulan lamanya. Setiap saat pertemuan terasa amat berharga dan menjadi punca kekuatan.
Dan di jalan dakwah ini, aku merasai nikmat ukhuwah ini. Kebanyakkannya aku dapati dari insan yang Allah takdirkan bertembung dengan ruang masaku tanpa aku sangkakan.
Betapa ramai yang aku temui, tetapi sebenarnya tidak ada masa sesaat pun aku berpeluang untuk spend dengan dia. Dan begitulah juga, orang yang paling aku tak sangka untuk luangkan masa, dapat aku berjaulah dan berkenalan begitu mendalam.
Pada sebuah nikmat itu, aku temui bekalan.
Barangkali kamu juga di sana. Yang jauh dari dakapanku entah untuk kesekian lamanya. Kenanglah masa keindahan itu. Berbasikal, bercakna di dalam kereta, masak bersama, susah bersama, tidur bersama, berbual-tak-ingat-masa, dan segala masa kita yang di luar waktu formaliti.. sewaktu kita memandu kereta beramai-ramai merentas sebuah negara, bergurau dan berbual, bukankah di situ kita temui makna kehidupan yang sebenar, melangkau kefahaman kita dari sebuah pengisian?
Sebagaimana dahulu, aku belajar erti kehidupan dari murabbi sepanjang perjalanan kami di dalam kereta, sehingga kini aku masih terkenang, aku berharap, kenangan itu juga memberikan kamu bekalan. Walaupun sebentar.
Kerana, itulah yang sering menjadi sumber kekuatan.
Nikmat ukhuwah di jalan dakwah ini, adalah nikmat luar biasa.
ahmad ikram..

saat bersebar...

Tambah kapsyen

barang hantaran..

saat lafaz dikatakan..

Sabtu, 10 Mac 2012

INSYAALLAH versi MELAYU...

alt

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. 

akhi...

abdul matin helmy musa...
adikku sayang...

Jumaat, 9 Mac 2012

TERMAKBULKAH DOAKU??

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah.
Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. 
Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).
Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya.
Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain.
Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya". (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).
Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.
Sabda Nabi s.a.w : "Doa itu adalah ibadah" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.
Firman Allah: (maksudnya): "Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (Surah al-Ahqaf, 5-6).
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.
Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
P/S : 'COPY N PASTE'